Seindah Bicara ..

Wednesday, November 10, 2010

Widget chating percuma

Salam kawan2..jom ramaikan kelab chating blogger. Mungkin chating ini korang dah biasa dengar, tapi kali ini sy nak ajak semua utk join group kelab chating ni..Percuma sahaja...widget chating ni untuk tolong mereka yang baru dalam blogger ni.. Untuk itu sy sediakan code yang senang untuk korang copy dan paste dalam HTML/JavaScript  korang. Konsepnya senang sahaja..konsep menang2..korang untung..saya pun untung..bukan untung bab duit..tapi untung dapat ramai chaters dalam chating korang..sebab bila korang tampal di blog korang orang yg sedang chating, katakanlah 3 orang akan juga berchating dengan 3 orang dlm blog saya..ini bermakna dah ada 6 orang sedang chating2..itu baru 2 blog yang pakai kod kita ni..kalau 10 blog..mesti meriah chating blog kita..Bila dah paste..adit lah warna, saiznya ikut suka korang..ada butangnya disediakan bila korang guna nanti...Bila dah guna jangan lupa atau kedekut bagi code chating ni pada blogger lain..Bagi jer..pastu minta tlg diorg promote code kita ni..supaya menambahkan chaters online kelab chating kita ni.. Kat bawah ni code dia..copy sahaja..pastekan kat HTML/JavaScript korang..terima kasih..Ni adalah kelab chating yang telah sy letakkan di blog saya ( Klik Sini ) Kalau korang minat..cepat!! cepat !!..

<object width="500" height="500" id="obj_1289389571078"><param name="movie" value="http://xpresi2u.chatango.com/group"/><param name="wmode" value="transparent"/><param name="AllowScriptAccess" VALUE="always"/><param name="AllowNetworking" VALUE="all"/><param name="AllowFullScreen" VALUE="true"/><param name="flashvars" value="cid=1289389571078&b=60&f=50&l=999999&p=13&q=999999&r=100&s=1"/><embed id="emb_1289389571078" src="http://xpresi2u.chatango.com/group" width="500" height="500" wmode="transparent" allowScriptAccess="always" allowNetworking="all" type="application/x-shockwave-flash" allowFullScreen="true" flashvars="cid=1289389571078&b=60&f=50&l=999999&p=13&q=999999&r=100&s=1"></embed></object><br>[ <a href="http://xpresi2u.chatango.com/clonegroup?ts=1289389571078">Copy this</a> | <a href="http://chatango.com/creategroup?ts=1289389571078">Start New</a> | <a href="http://xpresi2u.chatango.com">Full Size</a> ]


Gambar hiasan dari : http://www.alpatv.co.cc/2010/06/chating-room.html

Tuesday, November 9, 2010

Malam yang dingin

Salam semua, sejak akhir ni banyak kawasan di Malaysia ni hujan dengan lebat. Malam saya menulis ni hujan mencurah2 diluar. Keadaan suhu xyah cite la...mmg sejuk gilerz..ape?duduk dlm aircond? taklah..hehehe..tapi saya heran jugak ramai kawan2 yg demam sekarang ni..dalam 10 orang 5-6 orang yang demam..kenape yer? saya bukan doktor yang pandai2 nak buat spekulasi..tapi agak2nya la mungkin perubahan suhu kot..sebab mungkin perubahan suhu dari panas ke sejuk mungkin boleh menjejaskan kesihatan...Saya kata gitu sebab ramai kawan saya yang demam  selesema skrg ni..untuk diorg harap cepat sembuh...bagi yang lain harap kurangkan aktiviti diluar rumah kalau rasa badan tak cukup kuat...kadang2 terfikir jugak mungkinkan sebab habuk n debu gunung Merapi? oh..tidak kot..jauh sangat dari tempat kita..heheh..Jaga diri baik2 semua yer..

Gambar hiasan dari : http://pupel.blogspot.com/2010/06/demam-malam.html

Penyusunan Fail Komputer

Sesetengah daripada kita hanya tahu menggunakan komputer sama ada ledtop mahupun desktop tetapi tidak tahu cara penjagaannya supaya tahan lebih lama kefungsiaannya. Di samping itu, cara ini juga dapat meningkatkan kelajuan komputer yang telah lama digunakan. Cara ini dipanggil Disk defragmenter. Pertama sekali, kita perlu tekan start, all program, accessories, system tools, disk defragmenter, selepas itu pilih folder c, d,e dan lain-lain sekiranya ada. Kemudian, tekan defragment. selepas itu, ulang pada folder yang lain. siap semua folder, tekan close. siap, selamat mencuba.
Gambar hiasan daripada : http://techplore.com/technology/wp-content/uploads/2009/08/CompFastCartoon.jpg

Saturday, November 6, 2010

Cara senang update blog

Wah, bukan senang nak update blog, mungkin kali ni saya nak kongsi sikit macam mana nak update blog dengan senang. Senang? taklah senang sangat, ia masih perlu berusaha ia takkan jatuh bergolek depan mata.


  • Bawa buku catatan

Bunyinya macam budak2, tapi hakikatnya penting jgk bawa buku catatan ni. Ye la, sbb kadang2 idea tu datang secara tidak disangka.. Bila kita jalan-jalan ternampak ikan dan tiba-tiba timbul idea nak tulis tentang jenis-jenis ikan, jadi tu lah bergunanya buku catatan tu..


  • Tutup semua godaan

Ini juga penting, bukan sahaja godaan datang dari kekasih, tapi ia juga datang dari laman web lain..terutama yang ada bunyi seperti chating. cubalah berdisiplin sikit, tutup segala godaan tu, baru tenang menulis..


  • Buat isi penting

Semua cikgu yang ajar karangan BM akan suruh kita buat isi penting dulu. Bukan apa, takut nanti idea yang ada akan lari entah kemana, kalau kita tulis dulu isi penting barulah idea tu tak lari.


  • Berdoa

Inilah paling penting..doalah lepas tulis artikel supaya apa yang kita tulis tu dapat pahala, ramai orang kunjung dan orang komen...

Gambar hiasan dari :http://iptek.tvone.co.id/berita/view/35834/2010/04/04/ipad_muncul_penjualan_netbook_merosot/

Tuesday, November 2, 2010

Ubat lelah melalui makanan

Mungkin ada antara kita yang lelah. Penyakit lelah ni mungkin ada kaitan dengan masalah saluran pernafasan. Jika tidak serius, lelah boleh diubati, jika serius perlu ke hospital la yer..Tapi kali ini saya nak kongsi sikit pasal nak kurang n mungkin hilangkan lelah yang tak serius. Senang sahaja...tak perlu kos tinggi..cuma sediakan bawang merah kecil dalam 2 biji..rebus sampai jadi lembut..lepastu kisarkan bawang tu dgn airnya..tapis bawang tu..ambil airnya dan cuba minum..amalkan..Rasanya?eii..mesti la tak best..tapi cuba la..mana tahu ia berkesan..tapi saya tak bertanggungjawab tau kalau apa2 belaku..tu petua org dulu2..yang paling bagus pergi hospital..Jangan lupa bawa duit sekali..
Gambar hiasan dari : http://knclub.wordpress.com/2010/01/22/the-great-bawang-merah/

Sunday, October 31, 2010

Permainan Game Online Menarik


Salam pekenalan semua, mungkin ada antara kita sedang mencari permainan game online di internet. Untuk kali ini ingin saya kongsi satu laman web yang menyediakan kemudahan permainan game online secara percuma. Ia menarik kerana menyediakan game yang santai dan ringkas serta sesuai untuk kanak-kanak ataupun  sesiapa sahaja.
Konsep game disitu adalah ringkas serta tidak melambatkan loading setiap permainan yang hendak dimain. Kategori game yang ada disana termasuk game strategy, shooting, fighting, puzzle, simulator dan banyak lagi. Ada lebih dari ratusan game dan ia sentiasa ditambah game-game baru.
Anda boleh main game secara percuma tanpa perlu daftar di website itu, kecuali pendaftaran diperlukan sekiranya anda nak save score anda diwebsite tu. Pendaftaran juga percuma dan ianya mudah. Antara game yg popular setakat ini ialah Baloon Tower, Go nut, Tank, Flower Defence, Airport Madness, Little Farm, Soccer, Snooker dan macam-macam lagi. Anda juga boleh bermainnya secara multiplayer dengan rakan anda, jom..apa lagi..serbu...
Ini adalah link webnya KLIK SINI

Gambar hiasan dari :http://www.cimaxgames.com/games/little-farm/

Saturday, October 30, 2010

Kata-kata satu doa

Setiap kata-kata yang kita keluarkan kita rasa tidak ada apa-apa. Kadang kala hanya untuk mengisi masa yang ada sahaja dan untuk suka-suka. Tanpa kita sedari bahawa setiap pertuturan kita sebenarnya akan dimakbulkan pada suatu hari nanti pada masa yang kita tidak menyangkanya. Berdasarkan pengalaman banyak individu, matlamat yang ingin dicapai dan selalu disebut semoga matlamatnya itu tercapai, dengan izin dan kekuasaan Allah SWT, kata-kata dan juga matlamatnya tercapai. Diiringi dengan usaha yang kuat juga. Oleh itu, kita sama-sama sentiasa berkata-kata sesuatu yang positif semoga kata-kata tersebut akan terjadi kelak. 
Gambar hiasan daripada http://www.khaleejtimes.com/images/octopus1_09072010.jpg

Wednesday, October 27, 2010

Kesejahteraan mental perlu terjamin


Kesihatan mental perlu dijaga dari peringkat awal sepertimana menjaga kesihatan fizikal. Sakit fizikal mudah untuk dinilai kerana orang dapat melihat dan individu yang merasai juga dapat merasa kesakitan fizikal yang dialami. Apabila sakit, individu akan berusaha untuk mendapatkan rawatan seperti berjumpa dengan doktor dan sebagainya. Tetapi, sakit mental susah untuk dinilai kerana kadang-kadang individu itu sendiri tidak tahu bahawa dia mengalami gangguan mental. Apatah lagi orang lain di sekelilingnya. Kemungkinan besar ini antara punca ramai individu yang membunuh diri, masalah mental yang semakin serius terutamanya dalam kalangan pekerja profesional, dan peningkatan tahap kesihatan mental.  Jika tahu sekalipun, individu tidak mahu mengakui dan tidak boleh menerima hakikat bahawa dirinya perlu dirawat.
Gambar hiasan dari http://imahahmad.blogspot.com/2008/12/sakit-jiwa.html

Monday, October 25, 2010

Uji minda tanda guna akal

Cuba kita sama-sama teliti gambar disebelah. Apa yang anda nampak dan tafsirkan? Jom kita kongsi idea kita. Mesti anda mempunyai pentafsiran yang unik apabila melihat gambar ini dari kaca mata anda yang tersendiri. Manusia adalah makhluk yang sangat unik jika kita perhatikan dari segi pemikiran, tingkahlaku dan juga perasaannya...

Diberi betis nak peha

Diberi betis nak peha. Satu perumpamaan yang perlu kita hayati dan dalami dengan sebaiknya. Cuba fikir-fikirkan, adakah kita tergolong dalam golongan seperti ini? Orang buat baik tetapi kita nak lebih-lebih lagi. Sikap seperti ini akan membuatkan individu yang membuat kebaikan akan merasa muak dengan kita dan juga boleh menyebabkan orang tersebut rasa hilang hormat kepada orang yang tidak tahu bersyukur dengan kebaikan orang lain terhadapnya. Adakah kita mahu dikatakan manusia yang tidak pandai berterima kasih dengan kebaikan orang? Nilai sendiri kerana kita mempunyai akal yang sempurna.
Gambar hiasan daripada http://zackzukhairi.blogspot.com/2009/12/peribahasa-melayu-2-betis-berdarah.html

Kesabaran dalam menjaga anak

Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu dan bapa terhadap anaknya. Pelbagai tingkahlaku anak yang perlu dihadapi dari kecil hingga besar. Dari dalam kandungan yang mengalami 'morning sickness', bila keluar sewaktu kecil, banyak karenah dengan mudah mendapat penyakit, mudah menangis dan sebagainya. Menjadi kanak-kanak dengan karenah yang nakal, remaja yang bermacam ragam. Tetapi ibu dan ayah tetap menghadapi dan menjaga permatanya dengan terbaik.
Gambar hiasan dari http://wanzawh.blogspot.com/2009/01/apakah-yang-kanak-kanak-inginkan.html

Ibu bapa contoh terbaik

Anak-anak merupakan anugerah yang paling bernilai. Dia juga adalah satu amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Jadi, kita perlu mendidik mereka dengan sebaiknya. Didikan kepada anak-anak meliputi pengalaman hidup yang dilalui oleh mereka. Sebagai ibu bapa kita perlu menyediakan satu perjalanan pengalaman yang positif untuk mereka pelajari. Terutamanya didikan melalui tauladan. Cara ibu bapa bercakap dan berkomunikasi juga merupakan didikan yang mereka pelajari melalui pengalaman. Jika ibu bapa memberi arahan untuk melakukan tindakan yang baik tetapi ibu bapa sendiri yang tidak melakukannya akan membuatkan anak-anak merasa hilang hormat kepada ibu bapa mereka. Walau pun mereka tidak menunjukkan rasa hilang hormat mereka kepada ibu bapa tetapi jika perasaan itu tertanam dalam diri mereka membuatkan anak-anak akan melakukan sesuatu yang negatif tanpa pengetahuan ibu bapa itu sendiri. Di depan ibu bapa, mungkin mereka tidak menunjukkan perasaan memberontak tersebut. Demikian, sebagai ibu bapa marilah kita sama-sama memberikan contoh dan teladan yang terbaik kepada anak-anak. 
Gambar hiasan daripada https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhUHRFHmdoHlOtvIhSp73c2Hpt7rhGXOL3Vugi-ChNhghtkfutNeCl4HSoO0rg9eOkocNSvvafUxmAOg-_EPkzxCtpXwXuL1D9RSWPP4-I-ppUBXD2bDlqsjXDilmzmoQb3miN8frYu_Ot/s400/doa+untuk+ibu+bapa_1024.jpg

Saturday, October 23, 2010

Nafsu (kehendak) dapat dikawal dengan pemikiran

Manusia mempunyai banyak kemahuan dan kehendak kerana manusia dianugerahkan dengan nafsu. Tetapi manusia juga dianugerahkan dengan akal fikiran. Jika menggunakan kedua-dua anugerah ini dengan baik, maka akan baik akhlak individu dan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Namun, sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari mempunyai nafsu yang berlebihan dalam kehidupan. Contohnya apabila mempunyai gaji yang tinggi, maka tinggi juga kehendak terhadap sesuatu barangan. Sekiranya tidak mampu, kita boleh juga hidup dalam serba kekurangan. Oleh itu, perlu kita sedar bahawa segala kehendak kita perlu dikawal dengan pemikiran yang waras.
Gambar hiasan daripada http://shukorsubahir.com/blog/tips-perniagaan/kelebihan-angan-angan.html

Wednesday, October 20, 2010

Manusia oh manusia

Dalam kehidupan manusia tidak ada apa yang betul-betul seronok sebenarnya. Cuba kita lihat, sewaktu kita kecil, kita rasa seronok jadi orang besar dan dewasa, tetapi bila kita besar kita rasa biasa je. Begitu juga sewaktu kita sedang belajar, kita rasa seronoknya kalau dapat bekerja. Pegang duit sendiri. Tetapi apabila kita bekerja kita rasa biasa je, tidak seronok sangat pun. Oleh itu, kita sentiasa mengejar dan terus mengejar untuk mendapatkan sesuatu untuk memuaskan hati dan mendapatkan keseronokan kepada diri kita sendiri. Mengejar pangkat, kecemerlangan, harta, wang ringgit dan pujian. Sedangkan keseronokan yang sebenar-benarnya tidak ada di dunia ini. Keseronokan dunia hanya sementara sahaja. Jadi, di mana kita, apa pangkat kita, marilah kita sama-sama mencari dan memperoleh keseronokan yang sebenarnya. 
Gambar hiasan daripada http://shinggu.blog.friendster.com/files/keluarga_sakinah.jpg

Tuesday, October 19, 2010

Kalut Sekalut-kalutnya

Apabila risau tentang sesuatu membuatkan seseorang itu rasa tidak tenang dan bertingkahlaku yang tidak dapat dikawal. Contohnya risau tentang anak yang sakit membuatkan individu memandu dengan laju. Kadang-kadang tingkahlaku itu berbahaya tetapi tidak menyedari atau sengaja tidak mengendahkan kerana dalam fikiran, hanya memikirkan tentang anak yang sakit dan mahu cepat sampai. Ketenangan sangat perlu dalam apa jua keadaan. Walau bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tingkahlaku dan perasaan begini iaitu tingkahlaku kalut atau mengelabah. Oleh itu, bagi individu yang mempunyai sikap yang cepat mengelabah perlu menyedari dan perubahan perlu dibuat supaya individu tersebut dapat mengawal keadaan dengan tenang dan menjaga keselamatan dirinya juga.

Gambar hiasan dari http://aimanjafre11.blogspot.com/2009_06_01_archive.html

Monday, October 18, 2010

Campak atau bunga rambai

Macam-macam penyakit sekarang ni, tapi senang je pergi klinik semua ada ubat. moden dan canggih. tapi ikut pendapat orang-orang tua, mandikan dengan air beras atau air kelapa. apa rasionalnya tak dapat nak pastikan. tetapi fikir secara logik, mungkin untuk sejukkan badan sebab penyakit ni tak boleh panas, berpeluh kerana makin merebak dan gatal serta miang. paling best duduk tempat aircond. saje nak duduk selesa dan dapat layanan lebih.
Gambar hiasan dari : www.zainudins.blogspot.com

Saturday, October 16, 2010

Apabila Anak Demam Apa Perlu Dibuat


Menjaga anak demam ni penat sangat. Dah la sibuk bekerja lagi. Macam ni wanita bekerjaya. Bernasib baik mempunyai pasangan yang memahami dan bos yang baik.  Ini dikatakan ujian jadi ibu bapa. Macam ni lah juga mak ayah jaga kita dulu. Betapa susahnya, walau bagaimana susahnya ibu bapa sudah tentu akan buat yang terbaik untuk anaknya. Apabila anak kecil demam, ibu bapa perlu persediaan peralatan yang secukupnya supaya dapat mengesan sejauhmana anak kita demam seperti termometer. Perlu sentiasa tuam dengan air suam di kepala dan badan supaya suhu badannya cepat turun. Ubat perlu diberi mengikut masa. Elakkan dari dia kuat menangis kerana tangisan boleh meningkatkan suhu badan. Sambil itu boleh amalkan surah al-Asr seberapa banyak yang mungkin sambil menjaganya. InsyaAllah dapat membantu mengurangkan demam anak. Yang paling penting bawa jumpa doktor dengan segera. Ibu mana yang tidak sayang anak kecuali orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan.
Gambar hiasan daripada http://salju-putih-hatiku.blogspot.com/2009_12_01_archive.html  

Tuesday, October 12, 2010

Website terbaik bagi saya

Logo Xpresi.org

Untuk malam ni, saya nak kongsi sikit tentang website yang saya minat. Ape? dah tentu la saya berminat pada yang cantik, banyak info dan ada hiburan sikit-sikit..Yer la..hidup ni kan kena ceria..

Website xpresi.org adalah yang paling best bagi saya sebab banyak informasi dari sana. Web xpresi ni nak kata website tak jugak, nak kata blog pun tak jugak..senang-senang kita pangil web/blog la..hehe...sebab banyak sangat yg ada dalam tu..ada chating, artikel positif, artikel bimbingan, kaunseling, teknologi, maklumat2. Kat sana juga ada buku profail macam fb, hantar mesej, tengok video...huhuhu banyak lagi ni..behenti kejap tarik nafas..fuh fuh..ok kita sambung plak..ada permainan komputer, dengar radio dan TV online, chating pun ada..ada banyak lagi..tengok sendirilah kalau nak tahu lagi.. ni link die www.xpresi.org.

Tapi mula2 tu pening jgk sbb web tu guna sistem terbuka.. sepatutnya kalau anda nak join bagus tengok dulu video tutorial dia..ape? ada..jgn risau..video tutorial pun disediakan Video pengenalan & tutorial best..memang best..bagi saya la..xtau la bagi kawan2 lain..hehe..

Monday, October 11, 2010

Bila mula menulis

Cantik Rama-rama

Salam sejahtera Assalamualaikum, disnilah bermulanya kehidupan sebagai bloger mungkin penuh ranjau dan dugaan, tapi saya harapkan penghantaran pertama ini terus dikuatkan lagi oleh kawan-kawan yang kunjung demi perhubungan sesama insan.

Penghantaran pertama ini mengharapkan seribu kemanisan dan kenangan yang mengembirakan suatu hari nanti, yang pastinya terbitnya blog ini merupakan salah satu dari mungkin berjuta blog baru didunia ini..salam pekenalan semua...

Gambar hiasan dari :http://lovethatfeeling.com/blog/violet-or-is-it-purple-or-is-it/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...