Seindah Bicara ..

Monday, January 31, 2011

cuti seminggu

bestnya cuti seminggu, dapat  bersama anak sepanjang hari. semakin hari, semakin membesar. perkembangannya semakin bertambah. tapi bila keluar rumah, tiba-tiba keliru sebab sunyi macam semua orang pergi kerja tapi saya tak kerja. rasa pelik pula tak kerja bila orang lain pergi kerja. apa pun seronok dapat layan karenah anak sepanjang hari dan memasak makanan kegemaran sendiri.

Wednesday, January 26, 2011

Pelancongan di Ranau

Percutian kali ini, saya ke Taman Negara Mesilau di Ranau. Agak jauh berbukit-bukit, tetapi menyeronokkan. Bunga ini merupakan antara taman bunga yang cantik di Mesilau, Ranau. Tiket masuk dikira sekali dengan masuk ke Kinabalu park. Best, so cool. ini antara bunga yang hidup segar kat taman ni.

Sunday, January 9, 2011

perkembangan anak 9-12 bulan

http://mitchturpinart.com//images/BabyGirlL.JPG
  • pandai menarik perhatian
  • suka didukung
  • pandai berjalan dengan bergantung kepada sesuatu sokongan
  • memahami apabila dipanggil nama 
  • pandai memegang dan membuang barang yang diberikan
  • mula menyebut sesuatu ma ma ma, ba ba ba...
  • pandai buat-buat batuk apabila orang ketawa dengan tindakan pertamanya..

Saturday, January 1, 2011

Mari mulakan perjuangan

Opss..ni bukan nak berperang...tapi hanya nak mengajak semua untuk berjuang meneruskan hidup yang serba mencabar dan indah ini. Lama betul bercuti, sebelum cuti betul-betul teruja nak bercuti..tapi tak lama lagi dah nak habis cuti. Walaupun rasa berat nak tinggalkan cuti dan memulakan kerja, perlu untuk kita saling beringat bahawa melalui kerja itulah kita melakukan sesuatu dalam hidup kita.
Walau sedikit mana pun yang kita buat, yang sikit itulah yang menjadi bekal kepada peningkatan dan keselesaan kita dalam hidup.
Apa lagi, jom berjuang rasa malas...tingkatkan apa yang hendak kita buat hari-hari mendatang...
Gambar hiasan dari : http://www.stta.ac.id/cuti-akademik.php
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...