Seindah Bicara ..

Saturday, October 23, 2010

Nafsu (kehendak) dapat dikawal dengan pemikiran

Manusia mempunyai banyak kemahuan dan kehendak kerana manusia dianugerahkan dengan nafsu. Tetapi manusia juga dianugerahkan dengan akal fikiran. Jika menggunakan kedua-dua anugerah ini dengan baik, maka akan baik akhlak individu dan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Namun, sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari mempunyai nafsu yang berlebihan dalam kehidupan. Contohnya apabila mempunyai gaji yang tinggi, maka tinggi juga kehendak terhadap sesuatu barangan. Sekiranya tidak mampu, kita boleh juga hidup dalam serba kekurangan. Oleh itu, perlu kita sedar bahawa segala kehendak kita perlu dikawal dengan pemikiran yang waras.
Gambar hiasan daripada http://shukorsubahir.com/blog/tips-perniagaan/kelebihan-angan-angan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...