Seindah Bicara ..

Monday, October 25, 2010

Ibu bapa contoh terbaik

Anak-anak merupakan anugerah yang paling bernilai. Dia juga adalah satu amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Jadi, kita perlu mendidik mereka dengan sebaiknya. Didikan kepada anak-anak meliputi pengalaman hidup yang dilalui oleh mereka. Sebagai ibu bapa kita perlu menyediakan satu perjalanan pengalaman yang positif untuk mereka pelajari. Terutamanya didikan melalui tauladan. Cara ibu bapa bercakap dan berkomunikasi juga merupakan didikan yang mereka pelajari melalui pengalaman. Jika ibu bapa memberi arahan untuk melakukan tindakan yang baik tetapi ibu bapa sendiri yang tidak melakukannya akan membuatkan anak-anak merasa hilang hormat kepada ibu bapa mereka. Walau pun mereka tidak menunjukkan rasa hilang hormat mereka kepada ibu bapa tetapi jika perasaan itu tertanam dalam diri mereka membuatkan anak-anak akan melakukan sesuatu yang negatif tanpa pengetahuan ibu bapa itu sendiri. Di depan ibu bapa, mungkin mereka tidak menunjukkan perasaan memberontak tersebut. Demikian, sebagai ibu bapa marilah kita sama-sama memberikan contoh dan teladan yang terbaik kepada anak-anak. 
Gambar hiasan daripada http://3.bp.blogspot.com/_Ij2lUhfJ0u4/TB3mHdbqmcI/AAAAAAAAAQY/YaBBFmHAVYA/s400/doa+untuk+ibu+bapa_1024.jpg

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...