Seindah Bicara ..

Saturday, October 16, 2010

Apabila Anak Demam Apa Perlu Dibuat


Menjaga anak demam ni penat sangat. Dah la sibuk bekerja lagi. Macam ni wanita bekerjaya. Bernasib baik mempunyai pasangan yang memahami dan bos yang baik.  Ini dikatakan ujian jadi ibu bapa. Macam ni lah juga mak ayah jaga kita dulu. Betapa susahnya, walau bagaimana susahnya ibu bapa sudah tentu akan buat yang terbaik untuk anaknya. Apabila anak kecil demam, ibu bapa perlu persediaan peralatan yang secukupnya supaya dapat mengesan sejauhmana anak kita demam seperti termometer. Perlu sentiasa tuam dengan air suam di kepala dan badan supaya suhu badannya cepat turun. Ubat perlu diberi mengikut masa. Elakkan dari dia kuat menangis kerana tangisan boleh meningkatkan suhu badan. Sambil itu boleh amalkan surah al-Asr seberapa banyak yang mungkin sambil menjaganya. InsyaAllah dapat membantu mengurangkan demam anak. Yang paling penting bawa jumpa doktor dengan segera. Ibu mana yang tidak sayang anak kecuali orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan.
Gambar hiasan daripada http://salju-putih-hatiku.blogspot.com/2009_12_01_archive.html  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...