Seindah Bicara ..

Wednesday, October 20, 2010

Manusia oh manusia

Dalam kehidupan manusia tidak ada apa yang betul-betul seronok sebenarnya. Cuba kita lihat, sewaktu kita kecil, kita rasa seronok jadi orang besar dan dewasa, tetapi bila kita besar kita rasa biasa je. Begitu juga sewaktu kita sedang belajar, kita rasa seronoknya kalau dapat bekerja. Pegang duit sendiri. Tetapi apabila kita bekerja kita rasa biasa je, tidak seronok sangat pun. Oleh itu, kita sentiasa mengejar dan terus mengejar untuk mendapatkan sesuatu untuk memuaskan hati dan mendapatkan keseronokan kepada diri kita sendiri. Mengejar pangkat, kecemerlangan, harta, wang ringgit dan pujian. Sedangkan keseronokan yang sebenar-benarnya tidak ada di dunia ini. Keseronokan dunia hanya sementara sahaja. Jadi, di mana kita, apa pangkat kita, marilah kita sama-sama mencari dan memperoleh keseronokan yang sebenarnya. 
Gambar hiasan daripada http://shinggu.blog.friendster.com/files/keluarga_sakinah.jpg

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...