Seindah Bicara ..

Monday, October 25, 2010

Diberi betis nak peha

Diberi betis nak peha. Satu perumpamaan yang perlu kita hayati dan dalami dengan sebaiknya. Cuba fikir-fikirkan, adakah kita tergolong dalam golongan seperti ini? Orang buat baik tetapi kita nak lebih-lebih lagi. Sikap seperti ini akan membuatkan individu yang membuat kebaikan akan merasa muak dengan kita dan juga boleh menyebabkan orang tersebut rasa hilang hormat kepada orang yang tidak tahu bersyukur dengan kebaikan orang lain terhadapnya. Adakah kita mahu dikatakan manusia yang tidak pandai berterima kasih dengan kebaikan orang? Nilai sendiri kerana kita mempunyai akal yang sempurna.
Gambar hiasan daripada http://zackzukhairi.blogspot.com/2009/12/peribahasa-melayu-2-betis-berdarah.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...