Seindah Bicara ..

Wednesday, October 27, 2010

Kesejahteraan mental perlu terjamin


Kesihatan mental perlu dijaga dari peringkat awal sepertimana menjaga kesihatan fizikal. Sakit fizikal mudah untuk dinilai kerana orang dapat melihat dan individu yang merasai juga dapat merasa kesakitan fizikal yang dialami. Apabila sakit, individu akan berusaha untuk mendapatkan rawatan seperti berjumpa dengan doktor dan sebagainya. Tetapi, sakit mental susah untuk dinilai kerana kadang-kadang individu itu sendiri tidak tahu bahawa dia mengalami gangguan mental. Apatah lagi orang lain di sekelilingnya. Kemungkinan besar ini antara punca ramai individu yang membunuh diri, masalah mental yang semakin serius terutamanya dalam kalangan pekerja profesional, dan peningkatan tahap kesihatan mental.  Jika tahu sekalipun, individu tidak mahu mengakui dan tidak boleh menerima hakikat bahawa dirinya perlu dirawat.
Gambar hiasan dari http://imahahmad.blogspot.com/2008/12/sakit-jiwa.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...